Some kids have recently been making it obvious that they hate me. My name's been scribbled on the bathroom walls so often they might as well rename the facility. My car's been scratched with all sorts of beautiful patterns. And yet I haven't killed anyone yet. Those who know me well enough would be surprised at this. How can this be? How can I stay silent? I'm the super garang teacher. I'm their volcano. But why didn't I erupt? This is something only those who really know me need not ask. Since there are many not lucky enough to be under this category, I shall endeavour to explain with bits and pieces taken from a recent conversation with an anonymous student (I write this in Malay because you never know - the perpetrator might be reading this and I suspect he/she only understands Malay and far be it for me to deny him/her the satisfaction - or not - of seeing my response).
Cikgu, saya pun geram tengok. Kenapa Cikgu tak marah? Dalam kelas punya lah garang...
Cikgu nak marah siapa, sayang? Kita tak ada bukti. Lagipun tak ada gunanya marah, lagi baik kita bersabar. Kita ada agama, bukan macam orang tu. Kita percaya pada Tuhan kan?
Apa kena-mengenanya Cikgu?
Ye lah. Kalau kita percaya pada Tuhan, kita yakin Tuhan akan memberi semua orang balasan yang patut diterimanya. Kalau selama ni kita buat baik, Tuhan balas dengan yang baik. Kalau kita buat jahat, Tuhan balas dengan yang kurang baik. Allah Maha Besar. Tuhan tahu lah nak bagi apa kat kawan tu.
Betul Cikgu, tapi saya masih tak puas hati!
Kenapa pulak? Semua yang berlaku mesti ada sebab. Mungkin benda ni berlaku sebab Tuhan nak ingatkan kita sesuatu. Kalau banyak sangat yang kita kena fikir, banyak yang kita lupa. Manusia mana ada yang perfect. Mungkin Cikgu terlalu kasar dengan budak tu. Mungkin Cikgu cuai dengan keselamatan Cikgu sendiri. Mungkin sembahyang Cikgu belum cukup sempurna. Mungkin juga Cikgu lupa ada banyak lagi sebab Cikgu patut bersyukur. Nyawa insyaallah masih lagi panjang. Kereta dicalar alhamdulillah masih lagi boleh bergerak. Segala pencapaian Cikgu setakat ini masih laku. Tak dapat straight As pun tak ada juga yang gagal. Dapat juga degree, insyaallah akan diikuti master. Keluarga Cikgu tak pernah kaya tapi tak pernah miskin. Cikgu tak pernah lapar, sejuk, panas sampai betul-betul mati. Semua keperluan Cikgu ada. Kita anggap semua itu macam biasa tapi ramai juga orang yang keperluannya tidak dipenuhi. Susah mana pun, Cikgu tetap happy. Siapa tak dengki tengok orang yang nampaknya sentiasa gembira?
So Cikgu tak nak cuba cari orang tu?
Awak ingat dia nak mengaku? Biar je lah. Ingat je apa yang Cikgu cakap. Tuhan Maha Mengetahui. Tulisan dia boleh dipadam tapi dosa tangannya memfitnah orang lain tetap dicatat. Apapun, Cikgu sentiasa mencari kebaikan. Tengoklah; budak-budak yang selama ni tak pernah ambil kisah Cikgu semua tanya "Cikgu, Cikgu okay tak?" Tiba-tiba, ramai yang ambil berat - siap tolong padamkan tulisan kat bilik air lagi. Ada juga yang selama ni senyap, tiba-tiba berkawan dengan Cikgu. Dia kata, "Cikgu, saya tak faham. Cikgu punya lah baik tapi ada juga yang nak buat macam ni." Orang tu nak kata apapun, ada juga yang pandai menghargai jasa seorang guru. Semua ni, Cikgu anggap sebagai ujian dan ingatan. Budak tu hanya berjaya mengingatkan Cikgu bahawa Tuhan sentiasa menyayangi dan menguji umatNya. Dan kalau Tuhan menguji Cikgu, alhamdulillah, itu tanda Tuhan masih lagi sayang Cikgu. Yang penting, kita selalu ingat pada Tuhan.
Cikgu maafkan dia?
Kenapa pula tak maafkan? Semua orang buat silap. Kalau kita tak boleh nak maafkan orang, macam mana kita nak harapkan kemaafan orang lain bila kita sendiri buat silap? Lagi pun, kemaafan manusia tak seberapa di akhirat nanti - keampunan Tuhan yang lagi penting.
"Therefore be patient in spite of what they say, and celebrate the Praises of your Lord before sunrise and before sunset, and glorify Him (also) during night hours and at noon, that you may be satisfied." - Surah Ta Ha, Ayat 130.